Guardian Tales

Guardian Tales adalah permainan video RPG hack and slash aksi-pengembaraan 2020 yang dibangunkan oleh Kong Studio dan diterbitkan oleh Kakao Games. Permainan ini dikeluarkan pada 24 Februari 2020 di Korea Selatan untuk IOS dan Android dan kemudian pada 28 Julai untuk seluaruh dunia.Permainan ini menceritakan tentang Guardian Knight, seorang kesatria diraja untuk Kanterbury Kingdom (Kerajaan Kanterbury) yang baru direkrut. Selepas selesai latihan pertama sebagai Guardian, Guardian Knight berdepan dengan segerombolan musuh makhluk jahat bernama "Invader" yang ingin menguasai dunia. Guardian Tales rata-rata mendapat pujian positif oleh pengkritik dan pemain kerana kreativiti serta mengembalikan nostalgia JRPG klasik.